Photo Shoot di Pantai Senok, Bachok.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jejakkan kaki di Pantai Senok di daerah Bachok, Kelantan. Tempat ini memang viral di page Facebook dan Instagram I Love Kelantan. Asalnya datang ke Bachok nak makan tiram segar dan makan maggi tiram di Warung Maggi Tiram Pok Weil di Tawang tapi hari aku pergi Warung Pok Weil tutup. Rasanya sebab tak ada bekalan tiram yang disebabkan musim tengkujuh laut bergelora, jadi nelayan tak turun ke laut. Sebab kedai tak buka kami terus shoot ke Pantai Senok.

Pantai Senok tak jauh dari Warung Maggi Tiram Pok Weil, berbekalkan apps Google Maps, drive menuju ke arah pantai dan akhirnya sampai juga di Pantai Senok. Dari jauh dah boleh nampak hutan pokok ru dan bila dekat nampak pokok ru yang ditanam secara tersusun. Macam ladang kelapa sawit dan ladang getah dah. Haha

gambar pantai senok bachok

Di tepi jalan penuh dengan kereta orang yang datang ke sini untuk photoshoot. Kami park kerete di kawasan paling hujung tanaman ru, ada kolam air agak besar. Di kawasan hujung ni untuk ambil gambar tak berapa cantik, kena jalan sikit ke tempat mula-mula masuk dengan kereta. Disebabkan kami parking jauh jadi terpaksa berjalan kaki sedikit lah.

Kawasan tanaman ru ni agak luas kalau nak berjalan dari hujung ke hujung penat juga lah. Kami tak jalan jah halfway jumpa port cantik untuk ambil gambar, ambil gambar, lepak jap, kemudian patah balik ke tempat park kereta.

gambar di pantai senoklepak, sembang dulu then selfie

Nak kata photoshoot tu sebenarnya tak jugak sebab kami cuma guna telefon pintar masing-masing untuk ambil gambar, kawan aku lupa nak bawa dslr sebab rancangan kami asalnya nak makan, bukan nak datang untuk photoshoot, melepas nak dapat gambar background bokeh pakai lens 50mm f/1.8 Haha. Apa pun hasil gambar dari phone Samsung Galaxy Note 3 aku tak lah mengecewakan, walaupun tak sesharp DSLR tapi boleh lah daripada tak ada.

bachok pantai senok
pantai senok bachok kelantan

Walaupun datang pada hari bekerja tapi agak ramai datang untuk bergambar, ada juga nampak pasangan pengantin datang untuk photoshoot. Memang terbaik tempat ni untuk photo shoot. Tapi sikap segelintir rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata boleh dilihat kesannya di sini. Tak nak hurai panjang mengenai ini masing-masing fikirlah sendiri.

Ambil gambar sikit je kali ni, tak boleh nak lepak lama, panas tengahari dan lapar, nak shoot ke PCB makan Maggi Telur Sotong. Harapnya boleh datang lagi next time (kena bawak DSLR) sambil datang makan maggi tiram di Maggi Tiram Corner Pok Weil.

Kempunan tak dapat rasa kali ni.

Maggi Telur Sotong di Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Selepas lama dilanda musim maggi ketam sekarang makanan yang popular di sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) ialah Maggi Telur Sotong. Selepas lepak dan ambil gambar di Nami Island (baca: Pantai Senok di Bachok) kami terus drive ke Pantai Cahaya Bulan di daerah Kota Bharu.

maggi ketam telur sotong

Deretan kedai di sepanjang PCB kebanyakannya memang ada menyediakan menu Maggi Telur Sotong dan Maggi Ketam. Maggi ketam memang pernah rasa sebelum ini, jadi kali ini nak cuba macamana rasa telur sotong diletak dalam maggi kari.

Kami berhenti di salah sebuah gerai dan order maggi telur sotong. Kawan aku tanya maggi ketam ada ataupun tidak tetapi malangnya tak ada, sekarang nelayan tak turun ke laut disebabkan laut bergelora jadi tak ada bekalan ketam. Jadi kami bertiga order maggi telur sotong.

maggi telur sotong PCB

Masakan kuah kari sama dengan maggi ketam cuma yang ini letak telur sotong dan dada ayam.  Tapi pelik kenapa ditambah ayam dan bukan sotong. Ketulan-ketulan telur sotong agak banyak dalam satu mangkuk.Kalau letak sotong mesti lagi sedap dan mungkin harga lagi mahal lah. Mahal asalkan sedap tak apa.

Harga maggi telur sotong di gerai ni RM12, tak pasti di gerai lain macamana tapi rasanya harga lebih kurang ataupun sama. Harga RM12 agak berbaloi dengan rasa dan kuantiti telur sotong. Kalau datang lagi ke PCB insya’Allah boleh repeat makan maggi telur sotong dan maggi ketam bila bekalan ketam dah ada nanti.

maggi ketam PCBbukti sedap ke macamana?

ps: telur sotong termasuk kategori seafood kan, jadi kepada yang ada alahan kepada seafood mungkin tak boleh lah makan. Hehe